Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia mula beroperasi pada 1 Januari 2004. Penubuhan ini adalah berdasarkan kewujudan sumber kepakaran dalam sains sukan yang sedia ada di Universiti Putra Malaysia (UPM). Seiring dengan kemajuan sukan di peringkat tinggi, Akademi Sukan UPM beriltizam mencetuskan suatu anjakan paradigma dalam sukan negara dengan membina niche dalam pengaplikasian teknologi terkini dalam sukan kompetitif.