Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod Jabatan | SPORTS ACADEMY
» NEWS » Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Jabatan

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Jabatan

 

SERDANG, 4 April – Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Jabatan anjuran Unit Pentadbiran, Akademi Sukan telah diadakan pada 4 April 2017 di Bilik Mesyuarat, Akademi Sukan. Kursus bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Seramai sepuluh orang staf Akademi Sukan telah menyertai kursus ini. Kursus telah disampaikan oleh Puan Siti Nadirah Mat Na'ain dari Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Objektif kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan pengurusan fail dan rekod, memahami kepentingan penyelengaraan dan keselamatan rekod jabatan, cara pelupusan dan pemeliharaan rekod dan memperkenalkan cara yang betul di dalam pengurusan fail dan rekod jabatan.

Kursus setengah hari diharap dapat memberikan manfaat dan dipraktikkan oleh staf Akademi Sukan bagi memastikan pengurusan fail dan rekod berjalan lancar dan bersistematik.

Updated:: 03/05/2017 [juridah]

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8947 1134
03 8947 1126
C1506073501