Majlis Apresiasi Industri Dan Komuniti (ICAN 2017) | SPORTS ACADEMY
» NEWS » Majlis Apresiasi Industri Dan Komuniti (ICAN 2017)

Majlis Apresiasi Industri Dan Komuniti (ICAN 2017)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan majlis Apresiasi Industri dan Komuniti UPM atau dikenali sebagai UPM Industry and Community Appreciation (ICAN 2017) pada 19 April 2017, 2.00 petang bertempat di Le Meridian, Putrajaya.

Kemuncak majlis diadakan sesi penyampaian Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi UPM untuk menghargai sumbangan Rakan Industri dan Komuniti, pegawai akademik dan pegawai bukan akademik serta pelajar UPM yang telah menyumbang dengan cemerlang dalam program/projek Jaringan Industri dan Komuniti pada tahun 2016.

 

            Ucapan aluan dan perasmian Majlis ICAN 2017 oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM

 

                     Pelancaran buku Industry-Community Engagement: A University Framework (Second Edition)

 

                 Majlis pertukaran dokumen MoU antara syarikat Natural Health Farm (M) Sdn. Bhd. dengan UPM

 

                   Penyampaian Biasiswa Endowmen Yayasan Tan Sri (Dr.) Lim Goh Tong, Genting Plantation Berhad

 

                                       Sesi bergambar bersama semua pemenang Majis ICAN 2017

Updated:: 05/05/2017 [juridah]

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8947 1134
03 8947 1126
C1506150493