Joe Ee pula dinobatkan sebagai Olahragawati Wilayah Persekutuan mengatasi dua penerjun Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 18 tahun itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang 2022 apabila merangkul dua pingat emas dalam disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham serta memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2022.
Anugerah Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan pula masing-masing dimenangi atlet silat Muhammad Khairi Adib Azhar serta Ain Najwa Muhamad Basri Darul yang membawa pulang piala iringan, wang tunai RM5,000 dan juga tajaan barangan sukan bernilai RM1,000.
Sementara itu, Anugerah Khas disampaikan kepada pemain badminton beregu lelaki, Soh Wooi Yik susulan pencapaiannya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA
Berikut senarai penerima pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022:
Olahragawan: Muhammad Erry Hidayat
Olahragawati: Ng Joe Ee
Olahragawan Harapan: Muhammad Khairi Adib Azhar
Olahragawati Harapan: Ain Najwa Muhamad Basri Darul
Anugerah Para Lelaki: Lee Chee Hong
Pasukan Lelaki Terbaik: Kanu
Pasukan Wanita Terbaik: Bola Jaring
Pegawai Sukan Terbaik: Ahmad Janius Abdullah
Anugerah Khas Badan Sukan: Persatuan Gimnastik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan: Petrina Low Lai Hun
Jurulatih Lelaki Terbaik: Matin Guntali
Jurulatih Wanita Terbaik: Afrita Ariany Nasril
Anugerah Sukan Orang Pekak: Foo Zu Tung
Anugerah Khas Wilayah Persekutuan: Soh Wooi Yik