Perlawanan Badminton Anjuran Kelab Kebajikan Staf Akademi Sukan | SPORTS ACADEMY
» NEWS » Perlawanan Badminton Anjuran Kelab Kebajikan Staf Akademi Sukan

Perlawanan Badminton Anjuran Kelab Kebajikan Staf Akademi Sukan

SERDANG, 16 Mac – Kelab Kebajikan Staf Akademi Sukan telah menganjurkan satu perlawanan badminton beregu campuran di antara staf Akademi Sukan pada 16 Mac 2017 yang lalu. Perlawanan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia dari jam 5 petang hingga 7 malam.

Perlawanan ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang bagi mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan dan staf Akademi Sukan agar lebih mengenali di antara satu sama lain. Di samping itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukanan sekaligus mencapai matlamat gaya hidup sihat.

Tujuh pasangan beregu telah beradu kekuatan. Namun kemenangan berpihak kepada pasangan beregu En. Azhar Yaacob dan Cik Siti Zubaidah Che Wan telah muncul setelah Berjaya menewaskan pasangan beregu En Norhisham Shaari dan Puan Maizatul Akmam Abas. Hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Prof Dr Shamala Subramaniam, Pengarah Akademi Sukan. Tahniah kepada para pemenang.

Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga Akademi Sukan dan barisan kepimpinan kelab kebajikan yang memberikan sokongan dan komitmen untuk menjayakan aktiviti ini.

Date of Input: 02/05/2017 | Updated: 02/05/2017 | juridah

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXDdTAj~