Open Courses | SPORTS ACADEMY
» SERVICES » COURSES » Open Courses

Open Courses

 

  KURSUS   KHIDMAT PENGUJIAN PRODUK AN PENYELIDIKAN KONTRAK
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Membentuk dan menguji program kecergasan bagi golongan sasaran (atlet/NGO/organisasi sukan)

Penilaian keberkesanan program

Pengumpulan data di kalangan masyarakat

Menjalankan kaji selidik tentang kesihatan dan kecergasan

Menjalankan kaji selidik tentang pemakanan dan nutrisi

Menjalankan kaji selidik tentang psikologi sukan

 

  KURSUS   KLINIK SUKAN
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Memberi khidmat komuniti yang terbaik kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah dan mahasiswa melalui sukan

Membantu  masyarakat khususnya belia untuk mengisi masa lapang dengan program yang berfaedah di samping membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat

Melestarikan sumber manusia ke arah untuk mencapai kualiti hidup yang maksimum melalui penglibatan sukan

Menjadikan Akademi Sukan salah satu entiti yang membantu masyarakat untuk memperbaiki tahap kesihatan ke tahap yang lebih baik dari peringkat akar umbi

 

  KURSUS   PENILAIAN KESIHATAN DAN KECERGASAN FIZIKAL
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Merancang, mengukur, menganalisa dan mentaksir secara professional berkenaan status kesihatan, kemahiran serta kecergasan fizikal seseorang individu/atlet/pasukan

Menambah pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menjalankan aktiviti penilaian melalui penjelasan prinsip asas pengukuran dan analisa data-data ujian

Mendedahkan peserta kepada situasi praktikal dan relevan dalam setiap aspek ujian pengukuran dan penilaian

Memberi khidmat nasihat serta cadangan penambahbaikan program kesihatan atau latihan yang khusus kepada peserta yang dinilai

 

  KURSUS   DIET/PEMAKANAN SIHAT
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Memberikan ilmu berkaitan pemakanan atau diet sihat

Mendedahkan kepada peserta kepelbagaian jenis makanan dan peranannya dalam kesihatan dan kecergasan

Memberi panduan dan kesedaran kepada peserta berkaitan cara pengambilan diet tidak seimbang kepada kesihatan

 

  KURSUS   SPORT MASSAGE
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Pengetahuan asas tentang sains dan pengurusan kecederaan sukan

Mengaplikasikan sendiri kemahiran menguruskan kecederaan sukan yang asas

Mengenal pasti kecederaan yang dihadapi oleh atlet dan cara bagi mengatasinya

Mempelajari asas fisioterapi bagi membantu memulihkan kecederaan yang dialami melalui senaman dan rawatan fizikal

Mempelajari cara memulihkan pergerakan fungsi anggota badan yang tercedera melalui pelbagai jenis senaman

Dilatih cara pemulihan fizikal: Manipulasi, regangan, mobilisasi dan senaman terkawal

 

  KURSUS   KAEDAH PENYELIDIKAN
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Membimbing peserta memahami pelbagai jenis penyelidikan yang ada, sesuai dengan bidang dan tujuan masing-masing

Membantu peserta menguasai metodologi penyelidikan, khususnya penyelidikan kualitatif dan kuantitatif untuk kegunaan penyelidikan masing-masing

Membimbing peserta akan cara melaporkan penyelidikan masing-masing dengan sistematik menggunakan kaedah penulisan ilmiah

 

  KURSUS   KOMUNIKASI DAN INTERAKSI BERKESAN
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Merangka asas-asas dalam proses berkomunikasi

Menerangkan dengan jelas teknik berkomunikasi yang tepat

Menerangkan mengenai peranan komunikasi dalam meningkatkan kemahiran berunding untuk menyelesaikan konflik

Meningkatkan komunikasi dan hubungan baik antara individu

Mempengaruhi dan merangsang potensi individu/pasukan

 

  BENGKEL   PENGURUSAN STRATEGIK
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Mempelajari dan memahami konsep dan kaedah pengurusan strategik

Membangunkan keupayaan merancang, mengurus, melaksana dan memantau pelan strategik

Meningkatkan kecekapan dan nilai tambah pengurusan secara berkesan dan berterusan

Memberi pengetahuan dan kemahiran perancangan strategik

Mengenal pasti ciri-ciri sesebuah organisasi yang berjaya mencapai kecemerlangan

 

  KURSUS   TEAM BUILDING
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Membangunkan individu kea rah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi

Mampu mengimbangi jati diri, ketahanan fizikal, mental dan emosi serta mengharmonikan diri dengan alam semulajadi

Memantapkan tahap kemahiran komunikasi serta melahirkan warga organisasi yang saling menghormati antara satu sama lain

Mewujudkan suasana dan budaya kerja yang kondusif dan cemerlang secara kolaborasi bagi melahirkan organisasi yang efektif

 

  KURSUS   RELAKSASI
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Membantu peserta untuk menangani dan mengawal stress secara santai

Mengenal pasti teknik pengamalan relaksasi yang betul dan sesuai

Melatih peserta berfikiran positif dan tenang dalam menghadapi situasi stress

Membantu peserta untuk mengaplikasi teknik relaksasi dalam kehidupan

 

  KURSUS   PENGURUSAN EMOSI DAN STRES
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Memberi pengetahuan berkaitan pengurusan emosi kepada para pengurus, pegawai, jurulatih dan atlet yang terlibat

Mendedahkan factor dan punca yang menyumbang kepada berlakunya stress dan emosi manusia

Mengetahui kesan dan akibat secara fisiologikal dan psikologikal

 

  KURSUS   MOTIVASI
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 2 hari
  Objektif l

Memberi perangsang dan semangat untuk lebih berusaha dalam menjalankan pekerjaan serta tugas-tugas dan tanggungjawab seharian

Menanamkan rasa cinta kepada diri dan organisasi dalam meningkatkan produktiviti dan profitability

Peserta dapat mempertingkatkan kecemerlangan diri dan kerjaya masing-masing

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Updated:: 13/04/2017

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8947 1134
03 8947 1126
C1506151826