Short Courses | SPORTS ACADEMY
» SERVICES » COURSES » Short Courses

Short Courses

  KURSUS   PENGURUSAN STRATEGIK DALAM SUKAN
  Sasaran Peserta l Pengurus sukan dan jurulatih
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memberi pengetahuan asas mengenai kemahiran, tugas, peranan dan fungsi pengurus pasukan

Mendapat kefahaman berkaitan amalan terkini dalam pengurusan sukan

Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip dan kemahiran perancangan serta menganalisis kekuatan dan kelemahan strategi

Mengenal pasti peluang dan ancaman

Membentuk dan merangka strategi yang sesuai untuk mengekal atau mempertingkat daya saing

Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan dengan lebih efektif dan profesional

 

  KURSUS   PENGURUSAN EMOSI DAN STRES DALAM SUKAN
  Sasaran Peserta l Pengurus sukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai prinsip pengurusan emosi dan stres

Menerangkan kaedah dan strategi mengawal emosi

Mempelajari teknik-teknik relaksasi

Mengetahui pengurusan masa yang berkesan untuk menangani tekanan

Mengaplikasi cara mengawal dan mendisiplinkan diri

Mengetahui kesan dan akibat secara fisiologikal, psikoogikal dan persekitaran

 

  KURSUS   PENGUKURAN DAN PENILAIAN KECERGASAN
  Sasaran Peserta l Terbuka
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Merancang, mengukur, menganalisa dan mentaksir secara profesional berkenaan status kesihatan, kemahiran serta kecergasan fizikal seseorang individu/atlet/pasukan

Menambah pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menjalankan aktiviti penilaian melalui penjelasan prinsip asas pengukuran dan analisa data-data ujian

Mendedahkan peserta kepada situasi yang praktikal dan relevan dalam setiap aspek ujian pengukuran dan penilaian

Memberi khidmat nasihat serta cadangan penambahbaikan program kesihatan atau latihan yang khusus kepada peserta yang dinilai

 

  KURSUS   PERIODISASI LATIHAN SUKAN
  Sasaran Peserta l Pengurus, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Menambah pengetahuan dan kemahiran menjalani latihan secara berskala dan sistematik

Mengetahui dan memahami prinsip periodisasi

Memahami kaedah dalam penyusunan dan mengatur jadual latihan secara teratur dan terancang

Merancang kursus dengan bersistematik dan berkesan

Dapat mengapikasikan dan merancang kursus latihan yang bersesuaian dengan acara atlet

Dapat melaksanakan dan mengendalikan sesi latihan mengikut penjadualan yang betul

 

  KURSUS   SPORT MASSAGE
  Sasaran Peserta l Pengawai sukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memberi pengetahuan asas tentang sains dan pengurusan kecederaan sukan

Mengaplikasi sendiri kemahiran menguruskan kecederaan sukan yang asas

Mengenal pasti kecederaan yang dihadapi atlet dan cara mengatasinya

Mempelajari asas fisioterapi bagi membantu memulihkan kecederaan yang dialami melalui senaman dan rawatan fizikal

Mempelajari cara memulihkan pergerakan fungsi anggota badan yang tercedera pelbagai jenis rawatan/senaman

Mengetahui kesan-kesan terhadap kecederaan dan kaedah pencegahan

 

  KURSUS   PENGURUSAN ACARA DAN KEMUDAHAN SUKAN
  Sasaran Peserta l Pengawai sukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memahami prinsip dan amalan pengurusan terkini dalam acara dan kemudahan sukan

Mendapat pengetahuan asas tentang pengurusan acara dan kemudahan sukan

Menimba kemahiran perancangan strategik dalam pengurusan

Mempelajari kaedah secara teori dan teknikal bai jenis sukan dan setiap acara

Melatih supaya proses perancangan dapat dilaksanakan secara efisen dan sistematik

Mempunyai kemampuan untuk mengurus, menyelaras dan mengelola acara dan mengendalikan kemudahan dengan baik

 

  KURSUS   PENGURUSAN KEJURULATIHAN SUKAN
  Sasaran Peserta l Pengurus pasukan dan jurulatih
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memberi pendedahan dan pemahaman tentang kejurulatihan

Mendapat pengetahuan tentang fungsi dan peranan seorang jurulatih sukan

Meningkatkan motivasi untuk berhadapan dengan situasi yang bermasalah

Mempelajari cara penyediaan data dan rekod atlet secara sistematik untuk proses penilaian

Mendapat pengetahuan tentang prinsip dan kesepaduan dalam susunan pasukan

Memastikan jurulatih mendapat pengetahuan dan maklumat terkini dalam menyampaikan ilmu secara teori dan praktikal kepada atlet

 

  KURSUS   PENGURUSAN BERAT BADAN
  Sasaran Peserta l Pegawai, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Memberi pendedahan tentang asas pemakanan dan kesannya terhadap berat badan, kesihatan dan kecergasan

Mendapat pengetahuan dan maklumat berkaitan pengurusan berat badan

Mengurus dan menjaga berat badan dengan baik dan berdisiplin

Mengetahui cara pemakanan yang betul bagi mengekalkan berat badan unggul

Mempelajari kaedah dan cara mengenal pasti keupayaan dan keperluan diet seseorang atlet

Mengenal pasti jenis pengambilan nutrisi sebelum, semasa dan selepas pertandingan serta dalam tempoh masa pemulihan

 

  KURSUS   APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN DAN LATIHAN SUKAN
  Sasaran Peserta l Pegawai, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Mempelajari psikologi sukan dan kepentingannya terhadap kejayaan atlet dan jurulatih

Mengetahui kaedah untuk meningkatkan keyakinan diri dan daya tumpuan

Menambah pengetahuan dalam membentuk karektor seseorang atlet yang lebih berkeyakinan dan bersemangat tinggi

Mendapat pendedahan tentang kaedah dan cara mengawal kebimbangan dan membuat keputusan dalam situasi tertekan

Mengetahui teknik-teknik relaksasi yang sesuai untuk atlet

Menjadi lebih arif mengenai kehendak emosi, mental dan fizikal dalam menghadapi pertandingan

 

  KURSUS   PEMAKANAN DAN KECERGASAN SUKAN
  Sasaran Peserta l Pegawai, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet
  Tempoh l 18 jam
  Objektif l

Mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang asas pemakanan dan kesan makanan kepada kesihatan dan kecergasan

Mengenali dan memahami jenis dan fungsi makanan dengan jelas

Mendapat maklumat berkaitan di antara pemakanan dengan kecergasan sukan

Mampu menguruskan pengambilan makanan bagi mencapai kesihatan dan kecergasan yang optimum

Mengetahui dan memahami cara dan kaedah untuk mencapai berat badan yang unggul

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Updated:: 13/04/2017

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 8947 1134
03 8947 1126
C1511086210