Sejarah Penubuhan | AKADEMI SUKAN
» MENGENAI KAMI » LATAR BELAKANG » Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia mula beroperasi pada 1 Januari 2004. Penubuhan ini adalah berdasarkan kewujudan sumber kepakaran dalam sains sukan yang sedia ada di UPM. Seiring dengan kemajuan sukan di peringkat tinggi, Akademi Sukan UPM beriltizam mencetuskan suatu anjakan paradigma dalam sukan negara dengan membina niche dalam pengaplikasian teknologi terkini dalam sukan kompetitif. Visi Akademi Sukan adalah sebagai pusat perkhidmatan profesional dalam bidang sukan melalui jaringan kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa.

Untuk merealisasikan visi ini, misi Akademi Sukan adalah untuk menjadikan Akademi Sukan sebagai sebuah entiti yang menyumbang kepada pencapaian universiti melalui perkhidmatan profesional, perundingan dan penyelidikan sukan untuk menyokong dasar dan pembangunan sukan negara. Misi ini seharusnya menjadi fokus utama bagi setiap aktiviti yang dijalankan di Akademi ini. Penubuhan dua unit utama Akademi Sukan, iaitu Unit Penyelidikan dan Jaringan komuniti serta Unit Perkhidmatan dan Perundingan adalah kunci kepada pencapaian visi dan misi ini. Aktiviti-aktiviti setiap unit mempunyai fokus yang berlainan dan berkhusus kepada aspek-aspek spesifik dalam sukan. Fokus bagi Unit Perkhidmatan dan Perundingan adalah untuk menyediakan khidmat kepakaran dalam segala aspek pengujian, pengukuran dan penilaian prestasi sukan dan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sukan, manakala objektif Unit Penyelidikan dan Jaringan Komuniti pula adalah untuk menyediakan latihan pengurusan sukan profesional dan mewujudkan arkib sukan.

Penubuhan Akademi Sukan UPM adalah berlandaskan penjanaan ilmu kesukanan melalui kaedah saintifik dan aplikasi teknologi terkini dalam bidang tersebut. Segala program yang bakal dilaksanakan oleh Akademi Sukan kelak adalah bertujuan untuk memperkaya sumber berkaitan kecemerlangan sukan yang telah sedia ada di negara kita. Sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam penubuhan akademi ini amat diperlukan bagi mencapai visinya di masa hadapan.


 

Logo Asal Akademi Sukan

 

LOGO TERKINI

 

 

   

 

Kemaskini:: 17/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
B1566381481