Lawatan Panel Penilai Untuk Menilai Keberkesanan Program Pemindahan Ilmu (KTP) | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Lawatan Panel Penilai untuk Menilai Keberkesanan Program Pemindahan Ilmu (KTP)

Lawatan Panel Penilai untuk Menilai Keberkesanan Program Pemindahan Ilmu (KTP)

SERDANG, 6 September  - Akademi Sukan telah menerima lawatan Panel Penilai untuk menilai keberkesanan program pemindahan ilmu (Knowledge Transfer  Programme (KTP)) yang telah dijalan oleh Akademi Sukan bermula dari tahun 2013. Projek bertajuk Performance Enhancement and Program Sustainability for Paralympic Athletes and Team Management diketuai oleh Prof. Madya Dr Tajularipin Sulaiman, ahli-ahli terdiri daripada Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Prof. Madya Dr. Hazizi Abu Saad, Dato’ Dr. Roselan Baki, Prof. Dr. Mohd Nazrul Hakim Abdullah dan Dr. Borhannudin Abdullah.

Program ini dibiayai geran daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia merupakan salah satu usaha kementerian  di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari Institut Pengajian Awam (IPTA) kepada pihak industri dan komuniti bagi membantu pembangunan industry dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Panel penilai terdiri daripada Prof. Dr. Amir Akramin Shafie (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Mohd Ikmar Nizam Haji Mohamad Isa (Universiti Malaysia Terengganu). Di antara aspek yang  dinilai di dalam program ini ialah sejauh mana keberkesanan program yang telah dijalankan memberi impak kepada golongan Akademia yang terlibat, Graduate Intern yang membantu di dalam menjayakan projek tersebut dan juga golongan komuniti yang terlibat iaitu atlet Paralimpik dan kumpulan pengurusannya.

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 02/05/2017 | juridah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXEZBAQ~