Ujian Antropometri | AKADEMI SUKAN
» PERKHIDMATAN » UJIAN KECERGASAN FIZIKAL » Ujian Antropometri

Ujian Antropometri

 

Ujian ini dilakukan untuk mengukur ketebalan lipatan kulit pada lokasi spesifik badan dengan menggunakan kliper lipatan kulit. Jumlah bacaan lipatan kulit digunakan untuk menganggar jumlah kandungan lemak dalam badan. Ia diukur pada ketebalan kulit dada, peha, tricep dan abdomen. Hasil ujian yang diperolehi menunjukkan komposisi badan (peratus lemak badan, indeks jisim badan, waist and hip ratio) dan perbandingan peratusan lemak berbanding otot, tulang dan organ-organ dalam tubuh. Instrumen yang digunakan ialah Harpenden Skin Fold Caliper untuk mengukur ketebalan lemak pada kulit dan ‘TTM’ Martin’s Human Body Measuring Kit untuk mengukur kelengkapan antropometer untuk pengukuran saiz badan (tinggi berdiri, tinggi duduk, berat badan, ukur lilit, panjang tangan, lebar bahu dan lain-lain).

 

 

Kemaskini:: 17/05/2017 [juridah]

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXETJAb~