Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Raih Dua Emas Di Kemboja | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Raih Dua Emas Di Kemboja

Cheong Min Atlet Malaysia Pertama Raih Dua Emas Di Kemboja

PHNOM PENH: Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan akhir wusyu Taolu wanita (Nandao + Nangun) hari ini.

Dalam saingan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wusyu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa acara Nandao wanita, Rabu lalu.

“Saya gementar dan teruja kerana akhirnya memenangi pingat emas pertama di Sukan SEA. Saya mahu mendapatkan pingat emas lagi tetapi sebelum itu, saya perlu menunjukkan persembahan yang terbaik.

“Saya mengubah sedikit kombinasi gerakan saya, kesukarannya hampir sama dengan persembahan pada Kejuaraan Dunia 2017 dan 2019.

“Saya tidak mahu mengubah darjah kesukaran kerana saya mahu menjadi lebih baik sebelum berentap di Sukan Asia nanti.

“Berdasarkan catatan di Sukan SEA, saya makin selangkah untuk ke Sukan Asia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/cheong-min-atlet-malaysia-pertama-raih-dua-emas-di-kemboja

 

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCHAz~