Dua Emas Hoki Padang Mampu Kurangkan Tekanan Malaysia | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Dua Emas Hoki Padang Mampu Kurangkan Tekanan Malaysia

Dua Emas Hoki Padang Mampu Kurangkan Tekanan Malaysia

PHNOM PENH: Pada ketika cabaran kontinjen negara untuk memenuhi sasaran 40 pingat emas Sukan SEA 2023 dalam keadaan kritikal, kemampuan skuad hoki padang lelaki dan wanita memenuhi misi misi emas amat ditagih.

Hari ini, pasukan lelaki bimbingan Amin Abdul Rahim membelasah Thailand 5-0 di padang hoki Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh untuk mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

Biarpun memenangi aksi round robin ketiga berturut-turut, namun bakal berdepan Indonesia dalam perebutan emas esok menghadirkan rasa ‘gerun’ kerana negara itu telah mengecewakan skuad hoki dalam dewan daripada membawa pulang pingat emas.

“Paling penting untuk pasukan adalah disiplin selain konsisten dalam setiap perancangan pasukan yang dirancang supaya tidak memberi ruang dan peluang kepada pasukan lawan menguasai permainan.

SKUAD wanita turut melangkah ke perlawanan akhir dan memberi harapan

kepada Malaysia untuk memenangi emas berganda dalam hoki padang.

“Untuk pertemuan dengan Indonesia esok (hari ini), kami perlu terus mengekalkan disiplin serta konsisten sepanjang perlawanan.

“Pemain juga harus bijak dan tidak memberi harapan kepada lawan atau menghidu peluang yang boleh digunakan mereka apabila kami bertemu sekali lagi di pentas final nanti,” katanya Amin.

Skrip sama juga turut dilakar anak-anak buah Nasihin Nubli apabila cemerlang mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan dalam saingan wanita selepas mengalahkan Thailand 3-0.

Seperti pasukan lelaki, pemain wanita juga akan membuat perhitungan dengan Indonesia untuk penentuan emas hari ini.

Pada saingan dalam dewan, hoki wanita yang diletak harapan emas kecundang kepada Thailand di final.

Malaysia merupakan kuasa besar hoki pada Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak edisi 1971 di Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

 

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/dua-emas-hoki-padang-mampu-kurangkan-tekanan-malaysia

 

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tarikh Input: 16/05/2023 | Kemaskini: 16/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCHAe~