Emas Jackie 'Dirompak' | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Emas Jackie 'Dirompak'

Emas Jackie 'Dirompak'

PHNOM PENH: Pingat emas jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong bagaikan 'dirompak' apabila terpaksa merelakan pingat itu dikalungkan kepada seteru utamanya dari Thailand, sebentar tadi.

Walaupun kemenangan peserta Thailand, Kittipong Boonmawan mendapat bantahan daripada kem Malaysia namun juri tetap dengan keputusan bahawa Jackie mengakhiri saingan di tempat kedua menerusi lontaran sejauh 64.2 meter (m).

 

 Aksi yang berlangsung di Stadium Morodok Techo menyaksikan Kittipong membawa pulang emas selepas mencatatkan lontaran sejauh 64.49 m manakala seorang lagi wakil Malaysia, Sadat Maryuqi Ajisan membawa pulang gangsa (59.76m).

Sebelum itu, kem olahraga negara melakukan bantahan kerana terdapat kesilapan teknikal membabitkan pengiraan jarak balingan wakil Malaysia.

Bantahan terbabit dilakukan sebaik tamat acara itu dengan wakil Malaysia menunjukkan beberapa bukti bahawa sepatutnya Jackie dinobatkan sebagai pemenang emas.

Mengikut rekod, pada edisi di Hanoi, Jackie melakukan balingan sejauh 66.49m untuk memastikan emas milik negara.

 

Situasi sama sebenarnya berlaku bagi penentuan gangsa acara baling tukul besi wanita apabila wakil dari Thailand, Panwat Gimsrang turut tidak berpuas hati apabila tempat ketiga diberikan kepada peserta Malaysia, Nurul Hidayah Lukman.

Namun, mujur selepas menyemak kembali jarak balingan mendapati keputusan Nurul Hidayah memenangi gangsa tidak berubah sekali gus melegakan kem olahraga negara.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/05/1098677/emas-jackie-dirompak

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 12/05/2023 | Kemaskini: 12/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCMAo~