KBS Cuba Penuhi Impian NSA Miliki Pusat Latihan Sendiri | AKADEMI SUKAN
» BERITA » KBS cuba penuhi impian NSA miliki pusat latihan sendiri

KBS cuba penuhi impian NSA miliki pusat latihan sendiri

KBS cuba penuhi impian NSA miliki sendiri

Sumber: Berita Harian

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) mempunyai kemudahan pusat latihan khas sendiri.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pihaknya ketika ini sedang mengenal pasti semua infrastruktur sukan milik KBS dan akan menyesuaikannya untuk dijadikan sebagai pusat latihan bagi NSA.

"Ketika sesi 'townhall' sebelum ini, banyak persatuan apabila kita tanya, mereka menyuarakan hasrat untuk mempunyai pusat latihan sendiri. Jadi, kita sedang menyenaraikan padang-padang milik KBS dan kemudian kita akan sesuaikan dengan persatuan sukan yang terbabit.

"Ini adalah usaha yang sedang kita lakukan untuk memastikan semua persatuan sukan kebangsaan mempunyai pusat latihan sendiri kalau boleh… ini supaya tempat infrastruktur sukan ini tidak dibazirkan," kata Hannah ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 di sini, hari ini.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/02/1068336/kbs-cuba-penuhi-impian-nsa-miliki-pusat-latihan-sendiri

 

Tarikh Input: 10/03/2023 | Kemaskini: 10/03/2023 | rohaida_h

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCOA2~