Kirthana A/P Ramasamy Cipta Rekod Baharu Kebangsaan | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Kirthana A/P Ramasamy Cipta Rekod Baharu Kebangsaan

Kirthana A/P Ramasamy Cipta Rekod Baharu Kebangsaan

10 MAC 2023 | MELAKA: Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Kirthana A/P Ramasamy telah berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan bagi acara Lompat Jauh Wanita iaitu sejauh 5.78 meter (m) di hari pertama Kejohanan Varsity Track & Field V1 2023 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka itu, Kirthana berjaya melakukan lompatan sejauh 5.78 meter (m) sekali gus meletakkan beliau di kedudukan pertama di atas dua atlet yang lain iaitu Nurul Ashikin Abas, UPM (5.50m) dan juga Ng Yu Jie, UPM (4.80m) di Kejohanan Varsity Track & Field V1 2023.

 

Kejohanan Varsity Track & Field V1 2023 masih berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada 10 Mac 2023 (Jumaat) sehingga 13 Mac 2023 (Ahad). Selamat berjuang dan semoga memperoleh kejayaan kepada Pasukan Olahraga UPM. Semoga atlet-atlet olahraga UPM berjaya membawa pulang pingat ke UPM.

Tarikh Input: 10/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCPAG~