Kuartet 4x400M Lelaki Tamat Kemarau 10 Tahun | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Kuartet 4x400M Lelaki Tamat Kemarau 10 Tahun

Kuartet 4x400M Lelaki Tamat Kemarau 10 Tahun

PHNOM PENH: Kuartet 4x400 meter (m) lelaki negara mengakhiri kemarau selama 10 tahun tanpa sebarang pingat apabila memenangi gangsa di Sukan SEA Kemboja 2023 di sini, hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu, kuartet negara yang dibarisi juara 400m individu, Umar Osman, Muhammad Firdaus Zemi, Ruslem Zikry Putra Roseli, Tharshan Shanmugam meraih tempat ketiga dengan catatan 3 minit 8.820 saat (s).

Saingan dalam acara itu dimenangi kuartet Filipina yang melakar masa 3:07.22s manakala Thailand meraih perak dengan 3:07.23s.

Kali terakhir kuartet negara memenangi pingat dalam acara berkenaan adalah pada edisi 2013 di Myanmar.

"Sebenarnya saya tidak kisah apa jua warna pingat yang kami bawa pulang, janji saya hendak tolong rakan-rakan saya untuk dapat masuk dalam program.

"Ini adalah satu petanda aras yang baik, kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab di pentas Sukan SEA," katanya yang meraih emas serta memecahkan rekod kebangsaan 400m berusia 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, 46.41s di Brunei pada Julai 2001 dengan catatan baharu, 46.34s.

Sementara itu, hasrat kuartet 4x400 wanita negara yang dibarisi Chelsea Cassiopea Evali Bopulas, Mandy Goh Li, Nurul Aliah Maisarah dan juara 400m wanita, Shereen Samson Vallabouy untuk mengikut jejak skuad lelaki tidak kesampaian apabila mengakhiri saingan di tempat keempat yang juga terakhir menerusi catatan 3:39.89s.

Vietnam menjuarai saingan berkenaan dengan catatan 3:33.05s, diikuti Filipina untuk perak (3:37.75s) dan Thailand menyambar gangsa (3:39.29s).

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/05/1100456/kuartet-4x400m-lelaki-tamat-kemarau-10-tahun

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCNA1~