Majlis Pengenalan Pasukan IPT Ke Liga Kebangsaan Dan Penyerahan Buku & Manual Terbitan Seksyen Sukan | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Majlis Pengenalan Pasukan IPT Ke Liga Kebangsaan Dan Penyerahan Buku & Manual Terbitan Seksyen Sukan

Majlis Pengenalan Pasukan IPT Ke Liga Kebangsaan Dan Penyerahan Buku & Manual Terbitan Seksyen Sukan

 

PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI 2023 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Majlis Pengenalan Pasukan Ipt Ke Liga Kebangsaan Dan Penyerahan Buku & Manual Terbitan Seksyen Sukan yang bertempat di Dewan Za’ba, KPT. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian untuk memberikan ucaptama.

Selain itu, majlis juga telah dihadiri oleh Pengarah Akademi Sukan UPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Tajularipin bin Sulaiman serta Timbalan Pengarah Pengembangan Atlet & Staf, En. Muhamad Malik Bin Ahmad Tobias dan Pengurus pasukan sepak takraw, Dr. Hanafiah Bin Ayub serta Penolong Pengurus, En. Mohamad Razizi Bin Midin.

Untuk makluman,seramai 7 atlet UPM akan mewakili Liga Kebangsaan untuk KPT-MASUM KNIGHT daripada UPM. Manakala 6 atlet daripada UPM mewakili KPT-UNITEN THUNDERBOLTS untuk acara Hoki Wanita.

 

Najmi Syahfiq b. Anuar (Fakulti Pengajian Pendidikan), Nur Haziq b. Norali (Fakulti Pengajian Pendidikan), Amir Aizad b. Mohd Roshanizam (Fakulti Pengajian Pendidikan), Mohamad Nazhan B. Noor Zamri (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Amir Syahiran b. Mohd Fuzi (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Khairul Hafifi b. Tajudin (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Muhammad Aiman Hakim b.Zakari (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi).

 

Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun (Fakulti Pengajian Pendidikan), Iren Binti Hussin (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Nur Hafizah Binti Maznan (Fakulti Ekologi Manusia), Putri Nur Batrisyia Binti Nor Nawawi (Fakulti Pengajian Pendidikan), Nur Arisha Binti Muhammad Asrul Effandi (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi), Nurul Faezah Shafiqah Binti Khalim (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi)
 

Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi penyerahan buku dan manual terbitan seksyen sukan dan minum petang.

Tarikh Input: 07/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCHAx~