Nor Sarah Sasar Lompatan 4.10 Meter | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Nor Sarah Sasar Lompatan 4.10 Meter

Nor Sarah Sasar Lompatan 4.10 Meter

Atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi mensasarkan catatan 4.10 meter (m) di Sukan Universiti Dunia

(UNIVERSIADE) 2021 di Chengdu, China bermula Jumaat ini.

 

KUALA LUMPUR: Catatan 4.10 meter (m) menjadi sasaran atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2021 di Chengdu, China bermula Jumaat ini selepas terpaksa melupakan saingan di Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Thailand, baru-baru ini.

Nor Sarah yang tidak menyertai ATF kerana memberi tumpuan kepada pemulihan kecederaan koyak ligamen kaki kanan dialaminya sebelum Sukan SEA Kemboja lalu berkata, dia mensasarkan catatan berkenaan bagi membolehkan dirinya layak ke Sukan Asia Hangzhou atas Kategori A.

"Saya sasarkan 4.10m kerana (sebelum ini) terpaksa korbankan ATF saya untuk proses pemulihan dan (selepas itu) menggantikan latihan supaya cukup dan lebih kemas lagi. Kalau saya boleh melakukan 4.10m, saya akan pergi ke Sukan Asia atas Kategori A.

"Sekarang, (rekod peribadi terbaik) 4.05m, jadi tengoklah di UNIVERSIADE nanti, semestinya nak buat yang terbaik sekiranya ada rezeki," kata Nor Sarah yang melakukan 4.05m di temasya Sukan SEA Kemboja untuk membawa pulang pingat perak, Mei lalu.

Nor Sarah berkata, dia juga akan menyertai acara 4x100m bersama Nur Aishah Rofina Aling, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, Azreen Nabila Alias atau Chelsea Cassiopea Evali Bopulas di Chengdu nanti.

"Untuk UNIVERSIADE, nak kata sebagai persiapan menyertai kejohanan tak juga namun ia satu batu loncatan untuk saya ke Sukan Asia nanti. Apapun, saya akan buat yang terbaik untuk (kontinjen) Universiti Malaysia," kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Dalam pada itu, Nor Sarah berkata, dia pada ketika ini masih berlatih bersama legenda lompat bergalah negara, Roslinda Samsu dan turut dibantu bekas ketua jurulatih negara, Manshahar Abdul Jalil.

"Kami bekerja bersama kerana proses peralihan untuk mengambil masa. Saya pun masih banyak yang perlu dipelajari bersama jurulatih Linda," katanya.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/07/1130432/nor-sarah-sasar-lompatan-410-meter

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 24/07/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCLAB~