Nur Sarah Raih Perak Lompat Bergalah | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Nur Sarah Raih Perak Lompat Bergalah

Nur Sarah Raih Perak Lompat Bergalah

PHNOM PENH: Atlet lompat bergalah Nur Sarah Adi menutup acara olaharaga hari ketiga Sukan SEA Kemboja dengan menghadiahkan pingat perak buat Malaysia.

Acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu menyaksikan Nur Sarah mengakhiri saingan di kedudukan kedua dengan lompatan setinggi 4.05 meter (m).

 

Wakil Thailand, Chonthicha Kabut yang turut mencatat ketinggian 4.05m, dinobatkan sebagai pemenang kerana berjaya melakukan semua lompatan pada percubaan pertama, walaupun Nur Sarah terlebih dahulu melepasi ketinggian 4.05m.

Selain itu pingat gangsa pula menjadi milik Filipina menerusi Natalie Rose dengan ketinggian 4m.

Sementara itu, Nur Sarah berkata, walaupun kehilangan pingat emas yang dimenangi pada edisi lalu di Hanoi, Vietnam, dia gembira dapat memperbaharui rekod peribadi yang dilakukan tahun lalu.

"Bagi saya paling penting adalah dapat memperbaharui rekod peribadi apabila dua minggu tidak menjalani latihan namun mampu melakukan yang terbaik untuk negara.

"Saya memang nak pingat emas tapi perlu mengharungi pelbagai cabaran kerana pada awalnya mungkin tak lompat kerana menghadapi kecederaan dan beberapa masalah lain," kata Nur Sarah.

Di Sukan SEA Vietnam, Nur Sarah berjaya meraih emas dengan lompatan 4m.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/05/1099568/nur-sarah-raih-perak-lompat-bergalah

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCQAd~