Rekod Kebangsaan 33 Tahun Acara Lontar Peluru Lebur Di Tangan Nani Sahirah | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Rekod kebangsaan 33 tahun acara lontar peluru lebur di tangan Nani Sahirah

Rekod kebangsaan 33 tahun acara lontar peluru lebur di tangan Nani Sahirah

18 DISEMBER 2022 | KUALA LUMPUR: Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Nani Sahirah Maryata berjaya meleburkan rekod kebangsaan bagi acara lontar peluru yang berusia 33 tahun pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Bukit Jalil, hari ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil itu, Nani Sahirah berjaya melakukan lontaran sejauh 14.48 meter (m) sekali gus memadam rekod lama kebangsaan yang dipegang oleh Lee Chiew Har.

“Saya sebenarnya tidak percaya, masih seperti mimpi. Saya tak pernah buat 14m sebelum ini dan saya bersyukur serta berterima kasih kepada jurulatih, ibubapa dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan,” kata atlet dari Kuantan, Pahang yang berumur 21 tahun itu.

Atas kejayaannya memperbaharui rekod kebangsaan, Nani Sahirah menerima insentif sebanyak RM3,000 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).- UTUSAN ONLINE

 

Sumber: UTUSAN ONLINE 

https://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/rekod-kebangsaan-33-tahun-acara-lontar-peluru-lebur-di-tangan-nani-sahirah/ 

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 19/12/2022 | rohaida_h

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCHAE~