Ride2Farm 2022 | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Ride2Farm 2022

Ride2Farm 2022

 
Serdang, 6 Nov - Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama UPM Cycling Club (UPMCC) telah menganjurkan program kayuhan amal RIDE2FARM di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM yang disertai hampir 500 peserta. Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama baik dari Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).
 
 
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah mencemar duli untuk berbasikal bersama-sama peserta pada acara kali ini.
 
Peserta kayuhan dapat menikmati kehijauan kampus utama serta laluan ladang sejauh 20km di samping tarikan lokasi menarik di UPM. Antara laluan yang diikuti antaranya ladang tanaman organik, ladang nenas, ladang rusa dan ternakan lembu.
 
May be an image of 7 people, people standing, bicycle and outdoors
 
Selain daripada acara kayuhan, peserta juga turut berpeluang melaksanakan pemeriksaan kesihatan umum oleh Hospital Pengajar UPM, jualan segar hasil ladang UPM daripada Fakulti Pertanian dan Pusat Pertanian Putra, UPM serta berpeluang mendapatkan promosi jualan nombor pendaftaran kenderaan khas UPM.

Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCRAC~