Skuad Ragbi 7's Sasar Empat Terbaik | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Skuad Ragbi 7's Sasar Empat Terbaik

Skuad Ragbi 7's Sasar Empat Terbaik

Kuala Lumpur: Selepas menamatkan saingan di tempat kelima pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, skuad ragbi tujuh-sebelah (7's) kebangsaan, kali ini menyasarkan kedudukan empat terbaik di Hangzhou, China.

Presiden Malaysia Ragbi Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata sasaran itu, ditetapkan berdasarkan kemampuan skuad negara.

"Saya berharap skuad yang terdiri daripada pemain berpengalaman dan baharu ini akan memberi impak untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa," katanya selepas majlis menandatangani kontrak bersama pemain di sini, hari ini.

Seramai 18 pemain ragbi disenarai di bawah program podium Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (MR), untuk menghadapi Sukan Asia Hangzhou bermula 23 Sept hingga 8 Okt dan Kejohanan Siri Ragbi Asia.

Pasukan negara yang diberi julukan skuad Bunga Raya 7 itu, bakal menyertai Kejohanan SEA 7's yang akan berlangsung dari 7-8 April di Singapura dan di Thailand pada 13-14 Mei ini sebagai persediaan ke Hangzhou.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad negara yang baharu, Ahmad Fadzlee Ahmad Idris berkata persediaan pasukan yang sudah memulakan latihan sejak dua hari lepas tidak terganggu, biarpun dalam bulan puasa.

"Saya banyak bertanya kepada jurulatih dari luar negara dan juga berjumpa dengan pakar-pakar sukan dan makanan, kita tidak ada isu dengan pemain kami sebab mereka ini pemain bermusim.

"Bulan puasa ini kita membuat latihan macam biasa pada waktu petang dan selepas berbuka, pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, kita akan ke gim serta pada Khamis dan Sabtu, kita akan turun padang," katanya.

Berikut senarai 18 pemain:

Muhammad Zulhisham Rasli, Muhammad Kamal Hamidi Mohd Raihan, Mohamad Shah Izwan Nordin, Wan Azley Wan Omar, Muhd Danish Haikal Shahizam, Muhammad Ali Imran Mohd Suhaimi, Muhd Danish Ikhmal Shahizam, Suhaikal Suhaimi, Muhammad Harith Iqbal Muhamad Anhar, Adeen Imann Putra Md Baharudin, Aiman Nasri Awaludin, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Amirul Ramzan Amir, Muhammad Alif Aiman Abdul Majid, Eddie Arrif Ferdaus Freedy, Muhammad Hafizize Sudin, Shamsul Md Salleh, Asrin Azman.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/03/950630/skuad-ragbi-7s-sasar-empat-terbaik

 

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCUAA~