Malaysia Book Of Records (MBOR) Largest Participation In A Rugby Tournament. | SPORTS ACADEMY
» NEWS » Malaysia Book of Records (MBOR) Largest Participation in a Rugby Tournament.

Malaysia Book of Records (MBOR) Largest Participation in a Rugby Tournament.

SERDANG, 19 FEBRUARI 2023 - Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menerima sijil daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Largest Participation in a Rugby Tournament. Kejohanan ini telah bermula pada 18 dan 19 Februari 2023 bertempat di Padang Ragbi UPM. Untuk makluman, kejohanan ini telah menerima jumlah penyertaan yang sangat tinggi iaitu seramai 201 pasukan yang terdiri 3000 peserta dimana terbuka kepada kategori bawah 10 tahun hingga bawah 21 tahun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Professor Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM bersama YBrs. Profesor Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, Pengarah Akademi Sukan UPM, YBrs. Dr. Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Pengarah Program dan YBrs. Puan Siti Nurhanim Mohd Noh, Penganalisis Penyelidikan “Malaysia Book of Records”.

Pasukan Serdang Angels juga turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 ini dan memenangi kejohanan tersebut di tempat ketiga bersama. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menjadi platform mencungkil bakat-bakat pemain muda ragbi dan memberi pendedahan serta peluang kepada jurulatih tempatan dalam mempersiapkan pasukan ragbi terbaik dari seluruh negara.

Date of Input: 01/03/2023 | Updated: 01/03/2023 | rohaida_h

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXEdNAI~