SERVICES | SPORTS ACADEMY

» SERVICES

SERVICES

Secara dasar, tujuan penubuhan Akademi Sukan adalah untuk menawarkan khidmat perundingan profesional kepada badan dan organisasi sukan negara. Visi akademi adalah sebagai pusat rujukan kecemerlangan sukan bertaraf dunia. Manakala misi pula ialah penjanaan pengetahuan dan pengaplikasian teknologi yang relevan untuk meningkatkan prestasi sukan.

Kewujudan Akademi Sukan juga berlandaskan hasrat menjadi pusat rujukan utama bagi sukan berprestasi tinggi dan mendapat pengiktirafan sukan antarabangsa yang berorientasikan aplikasi teknologi tinggi. Peranan yang dipegang oleh Akademi ini juga  berbeza daripada organisasi sukan yang lain.

Objektif Akademi Sukan adalah meliputi penawaran latihan bertaraf profesional kepada badan sukan dan masyarakat untuk menambahkan sumber manusia terlatih dalam bidang sukan, mewujudkan jaringan penyelidik di samping menjana dan menyebarkan dapatan kajian saintifik untuk mempermantap program latihan dalam bidang sains sukan serta menjadi pusat rujukan utama yang menawarkan khidmat rundingan dalam aspek yang berkaitan kecemerlangan sukan. Segala program yang dilaksanakan adalah untuk memperkaya  sumber berkaitan kecemerlangan sukan negara

University Putra Malaysia (UPM) Sports Academy has a wide variety of sports and outdoor...more...
The Sports Academy also organizes seminars on sport science. The seminar is organized with the aim...more...
Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pengukuran dan penilaian tahap prestasi fizikal atlet dan...more...
Akademi Sukan menawarkan geran penyelidikan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan terdiri...more...
Akademi Sukan mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan perkhidmatan perundingan berkaitan...more...
Gym equipment available at the Sports Academy is used for research purposes....more...
SXEUVA2~