SPORTS EXCELLENCE SECTION | SPORTS ACADEMY
» ATHLETE AND STAFF » SPORTS EXCELLENCE SECTION

SPORTS EXCELLENCE SECTION

UNIT PENYEDIAAN DAN HAL EHWAL ATLET 

  1. Merancang dan menguruskan program pembangunan sukan pelajar secara strategik melalui sistem latihan tahunan yang sistematik dalam persiapan untuk meyertai kejohanan-kejohanan sukan utama MASUM, KPT negara dan sukan-sukan jemputan. 
  2. Pengurusan program 'Talents Scouting' atlet dalam menyediakan platform kepada Pengurus Pembangunan Sukan (PPS) bagi mencari atlet untuk menyambung pengajian ke UPM. 
  3. Mengurus dan menganjurkan majlis-majlis penghargaan kecemerlangan pelajar iaitu Majlis Anugerah Sukan dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Atlet. 
  4. Menguruskan program pembangunan sukan staf dalam hal ehwal penyertaan kejohanan.
  5. Pengurusan program publisiti, promosi dan visibiliti Akademi Sukan. 
  6. Menguruskan program kolaborasi melalui MoU & Lol. 
  7. Pengurusan Hal Ehwal Kokurikulum Berkredit atlet UPM. 
  8. Pengurusan Biasiswa Sukan Atlet UPM (Kementerian Pengajian Tinggi & Kementerian Belia dan Sukan) 
  9. Pengurusan kebajikan atlet UPM. 

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI 

Menguruskan program di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang berfokus kepada sukan berprestasi tinggi iaitu: 

  1. Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Olahraga 
  2. Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Ragbi 
  3. Pusat Sukan Tumpuan (PST) Memanah 
  4. Pusat Sukan Tumpuan (PST) Sepak Takraw 

Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST) merupakan Teras Ketiga daripada Tujuh Teras Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian (DPSIPT) bertujuan untuk:

  1. Membangunkan sukan terpilih dengan cara lebih sistematik dan teratur ke arah kecemerlangan sukan
  2. Menyediakan peluang Pendidikan bagi atlet pelajar untuk melahirkan generasi ‘The Thinking Athlete (s)” dan 30% atlet negara terdiri daripada atlet Institusi Pendidikan Tinggi

PROJEK LARIAN BAWAH 10 SAAT (B10) 

Projek Larian Bawah 10 saat (B10) adalah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diselaraskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan untuk melahirkan atlet olahraga pelari pecut 100m pertama di Malaysia yang mampu berlari dalam masa kurang dari 10 saat. Projek ini telah dirasmikan pada November 2021 untuk mencari pelari pecut negara yang berpotensi dan membimbing mereka untuk mencapai sasaran tersebut. 

Updated:: 22/08/2025 [zawinnadjah]

MEDIA SHARING

F, (09:52:52pm-09:57:52pm, 11 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]