GETAH SINTETIK PU KEKAL JADI PILIHAN TREK OLAHRAGA | SPORTS ACADEMY
» ARTICLE » GETAH SINTETIK PU KEKAL JADI PILIHAN TREK OLAHRAGA

GETAH SINTETIK PU KEKAL JADI PILIHAN TREK OLAHRAGA

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengembangan Atlet dan Staf UPM, Muhamad Malik Tobias, Trek Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA) hasil pematuhan terhadap spesifikasi, fasiliti sekitar dan peranan berterusan dalam mengekalkan standard bertaraf tahap kedua di Malaysia.
 
Tambahnya, trek ini sedang menjalani proses penambahbaikan dengan penggantian permukaan lama kepada permukaan baru yang bermula sejak Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan.
 
Jenis permukaan trek masih dikekalkan dengan getah sintetik ‘PU’, yang terbukti sesuai untuk semua atlet serta mampu mengurangkan risiko kecederaan.
 
"Kami memastikan spesifikasi trek memenuhi piawaian yang ditetapkan, sambil mempertimbangkan faktor ketahanan dan kesesuaian cuaca di Malaysia.
 
"Kami memilih permukaan ‘PU’ kerana ia lebih tahan dalam keadaan panas dan hujan berbanding ‘Mondo’, yang cenderung merekah dan mengeras, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan atlet," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
 
"Trek di Stadium Mini MSN sebelum ini mengalami masalah rekahan, yang menyebabkan permukaannya menjadi keras dan berisiko mencederakan atlet terutama di bahagian buku lali.
 
 

Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | zawinnadjah

MEDIA SHARING

SPORTS ACADEMY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
W, (05:32:24am-05:37:24am, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]