Andre Kekal Fokus Serampang Dua Mata Di Kemboja | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Andre Kekal Fokus Serampang Dua Mata Di Kemboja

Andre Kekal Fokus Serampang Dua Mata Di Kemboja

 

KUALA LUMPUR: Fokus serampang dua mata Andre Anura Anuar masih tetap sama seperti pernah dilaungkannya ketika meraih emas dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA edisi lalu di Vietnam menjelang temasya sama di Kemboja, Mei ini.

Atlet kelahiran Sabah itu berkata dengan temasya kini berbaki kira-kira dua bulan lagi, dia masih kekal dengan sasarannya iaitu mempertahankan pingat dan meleburkan rekod kebangsaan dalam acara berkenaan di Phnom Penh.

"Ketika ini saya mahu perbaiki teknik sebelum ke Sukan SEA Kemboja nanti," katanya yang mahu meleburkan rekod kebangsaan 16.77 meter (m) dicipta rakan seperjuangan, Hakimi Ismail pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Jika diikutkan, lompatan saya agak baik tetapi belum capai tahap saya mahukan. Oleh itu, saya akan menggunakan kesempatan yang ada (untuk memperbaiki catatan) menjelang Kejohanan Terbuka Australia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Saya harap mampu melakukan lebih baik dan atas 16m kerana rekod peribadi saya adalah 16.21m sewaktu di Hanoi tahun lalu. Kalau boleh, saya mahu buat lebih baik sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

"Sasaran saya adalah mempertahankan pingat emas di Kemboja dan juga mahu mengatasi rekod senior saya iaitu Hakimi Ismail."

Pada edisi di Hanoi tahun lalu, Andre meraih emas dengan catatan 16.21m manakala perak menjadi milik atlet Filipina, Mark Harry Diones, 15.87m. Gangsa dimenangi atlet tuan rumah, Tran Van Dien dengan catatan 15.84m.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/03/1082102/andre-kekal-fokus-serampang-dua-mata-di-kemboja

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 29/03/2023 | Kemaskini: 29/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCMAP~