Andre Pertahankan Emas Lompat Kijang Sukan SEA | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Andre pertahankan Emas Lompat Kijang Sukan SEA

Andre pertahankan Emas Lompat Kijang Sukan SEA

PHNOM PENH: Andre Anura Anuar masih mampu mempertahankan pingat emas lompat kijang lelaki pada Sukan biarpun baru pulih daripada kecederaan tumit.

Lompatan kelima Andre, 16.06 meter (m) memastikan Malaysia terus mengekalkan saingan lompat kijang sejak Hakimi Ismail memenanginya di Singapura 2015.

Atlet dari Sabah itu mengetepikan cabaran dua peserta Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay (15.74 m) dan Mark Harry Aloto Diones (15.70 m).

Bagaimanapun Andre mengakui, catatan yang dilakukan di Phnom Penh hari ini  bukan di tahap terbaik kerana dia pada  meletakkan sasaran tinggi untuk memecah rekod kebangsaan.

“Keadaan di sini amat panas dan kebanyakan atlet menghadapi masalah untuk melakukan catatan terbaik.

“Saya juga cuba beri yang terbaik dalam keadaan sebegini tetapi cuaca menyukarkan keadaan.

“Saya memang merancang dengan jurulatih  untuk memecah rekod kebangsaan tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya mengalami kesakitan di kaki kiri selepas tergelincir ketika melakukan lompatan dan saya pula akan bertanding di Terbuka Taiwan (27-28 Mei), jadi saya tidak mahu terlalu menekan diri saya terlalu banyak dan menjejaskan peluang saya untuk bertanding di sana,” jelas Andre. – UTUSAN ONLINE

 

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/andre-sumbang-pingat-emas-acara-lompat-kijang-sukan-sea-2023

 

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCVAm~