Arsyad, Azreen Terpantas Di Ipoh | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Arsyad, Azreen terpantas di Ipoh

Arsyad, Azreen terpantas di Ipoh

IPOH: Muhammad Arsyad Md Saat dan Azreen Nabila Alias dinobatkan sebagai raja dan ratu pecut Sirkit Pertama Kejohanan Varsity Track & Field (VTF) 2024 selepas mengungguli acara 100 meter (m), hari ini.

Kemenangan kedua-dua pelari yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) di Stadium Perak itu memang sudah diduga berdasarkan status mereka selaku atlet kebangsaan.

Arsyad yang mencatat masa 10.73 saat (s) bagaimanapun diberi tentangan sengit sebelum menewaskan pelari Universiti Malaya, Nabil Alwani (10.75s) dan Pengiran Aidil Auf yang mewakili KK Mas di tempat ketiga (10.87s).

Arsyad berkata walaupun catatannya itu bukan memberangsangkan, namun ia permulaan yang baik baginya yang pertama kali menyertai VTF.

Sementara itu, Azreen Nabila yang mengungguli Kejohanan Grand Final VTF 2023 jelas berada dalam kelas tersendiri apabila jauh meninggalkan pencabar lain dengan mencatat kepantasan 11.94s.

"Saya gembira kerana berjaya mengekalkan penguasaan. Namun, saya mahu catat masa lebih baik lagi pada sirkit akan datang. Berkat bimbingan jurulatih dan sokongan keluarga serta rakan, saya optimis boleh pecahkan rekod peribadi 11.77s yang dilakukan di Sukan Olimpik Tokyo 2020," kata Azreen Nabila.

Tempat kedua dimenangi atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris (USPI), Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka dan Fatin Ilyana Mat Nayan apabila masing-masing menamatkan larian dengan catatan masa 12.79s dan 12.85s.

Sumber: BH Online 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2024/03/1221187/arsyad-azreen-terpantas-di-ipoh

Tarikh Input: 12/05/2024 | Kemaskini: 12/05/2024 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
F, (05:04:17pm-05:09:17pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]