SERDANG, 22 April 2026 – Akademi Sukan telah melaksanakan sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 pada 22 April 2026 bagi memastikan standard kualiti perkhidmatan terus dipertingkat.
Audit tersebut diketuai oleh Encik Mat Razi Abdullah dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, dengan dibantu enam juruaudit lain yang mewakili pelbagai PTJ di dalam universiti.
Pelaksanaan audit merangkumi tujuh komponen utama, termasuk pengurusan kerjasama strategik bersama industri dan komuniti, aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi, penjanaan pendapatan melalui geran dan kolaborasi, pembangunan atlet dan staf, pengurusan sukan melibatkan pelbagai pihak, aktiviti penyelidikan serta operasi sokongan Akademi Sukan.
Audit dalaman ini merupakan mekanisme penting bagi memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Melalui audit ini, Akademi Sukan dapat memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa dipantau dan ditambah baik, di samping memperkukuh keupayaan organisasi dalam membuat keputusan yang lebih tepat.
Hasil audit juga membuktikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Akademi Sukan berada dalam keadaan terkawal dan memenuhi piawaian yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap kecekapan pengurusan organisasi.
Disediakan oleh,
Hjh. Rosiha Abdul Razak





Tarikh Input: 28/04/2026 | Kemaskini: 28/04/2026 | zawinnadjah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan