Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 Terima Pengiktirafan MBOR | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 terima pengiktirafan MBOR

Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 terima pengiktirafan MBOR

Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 terima pengiktirafan MBOR

 

KEJOHANAN Ragbi Serdang Sevens 2023 yang dianjurkan oleh Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Salbros Sports diiktiraf oleh Malaysia Book of Record (MBOR) selepas mengumpul penyertaan paling ramai iaitu 2,412 peserta.

Kejohanan yang melibatkan 201 kumpulan itu dilangsungkan pada 18 dan 19 Februari lalu melibatkan pelajar-pelajar dari sekolah rendah, menengah dan juga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, UPM mencipta sejarah menjadi IPT pertama yang diiktiraf oleh MBOR bagi penyertaan terbesar melibatkan pelbagai lapisan untuk mencungkil bakat-bakat pemain muda.

“Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 adalah satu usaha UPM untuk Sukan Ragbi (Largest Participation in a Rugby Tournament) dan secara tidak langsung UPM merupakan Universiti Awam (UA) yang terbaik dalam sukan ragbi.

“Kejayaan UPM dalam mengajurkan Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 ini diiktiraf MBOR menperlihatkan visibiliti UPM untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana bahawa pentingnya sukan,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Tambah Dr Tajularipin, ianya adalah satu usaha untuk menggalakkan bakat-bakat baharu bergelar pemain ragbi muda sambil berpeluang melanjutkan pengajian di UPM.

Peserta ragbi yang terlibat dalam Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 terdiri dari 15 kategori yang melibatkan Lelaki Bawah 10 Tahun (B-10), B-12, B-13, B-14, B-15, B-16 ,B-17 B-21 Tahun.

Manakala peserta perempuan yang menyertai kejohanan ini adalah Bawah 10 Tahun, B-12, B-13, B-15 Tahun, B-16, B-17 dan B-19 Tahun.

 

https://www.flashsukan.com.my/kejohanan-ragbi-serdang-sevens-2023-terima-pengiktirafan-mbor/

 

Sumber: Flash Sukan

Tarikh Input: 09/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCPAc~