Kuartet 4x400M Akhiri Kemarau Pingat | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Kuartet 4x400M Akhiri Kemarau Pingat

Kuartet 4x400M Akhiri Kemarau Pingat

Phnom Penh: Kuartet negara melaungkan amaran mereka bakal menjadi pencabar utama 4x400 meter (m) pada temasya Sukan Sea akan datang apabila meraih pingat gangsa dalam acara terbabit yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, hari ini.

Malah, pasukan yang dibarisi Muhammad Firdaus Zemi, Ruslem Zikry Putra Roseli, Tharshan Shanmugam serta pemegang rekod kebangsaan 400m yang baharu Umar Osman mencipta sejarah dengan mengakhiri penantian 10 tahun untuk memenangi pingat dalam acara terbabit.

"Ini satu petanda aras yang baik, kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab di pentas Sukan Sea," katanya.

Sementara itu, harapan kuartet 4x400m wanita negara mengikut jejak skuad lelaki tidak kesampaian apabila mengakhiri perlumbaan di tempat terakhir.

Walaupun, hanya empat negara mengambil bahagian, Malaysia dilihat meletakkan harapan pada pemenang pingat emas 400m wanita Shereen Samson Velabuoy pada larian terakhir namun tidak berjaya memintas peserta lain sekali gus mengakhiri saingan di kedudukan terakhir dengan catatan masa 3 minit 39.89s. Emas milik Vietnam, sementara perak menjadi milik Filipina dan Thailand meraih pingat gangsa.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/966171/kuartet-4x400m-akhiri-kemarau-pingat

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 15/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCPAm~