Majlis Perasmian SUKUM 2022 | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Majlis Perasmian SUKUM 2022

Majlis Perasmian SUKUM 2022

SERDANG, 17 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka tirai secara rasmi sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menyempurnakan perasmian dengan gimik perasmian pencahayaan dan tayangan montaj video perasmian SUKUM 2022.

Dato' Dr. Megat Sany berharap agar semua atlet yang bertanding mempamerkan disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata kejohanan ini sangat bermakna memandangkan pertama kali diadakan semula selepas pandemik COVID-19.

 

Credit: Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCLAd~