Malaysia Mudah Ratah Hong Kong | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Malaysia Mudah Ratah Hong Kong

Malaysia Mudah Ratah Hong Kong

Aksi pemain hoki remaja wanita ketika menentang Hong Kong, hari ini. Foto: Ihsan AHF

 

KUALA LUMPUR: Skuad remaja wanita negara menunjukkan kebangkitan apabila membelasah Hong Kong 10-1 dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Piala Remaja Asia 2023 di Kakamigahara, Jepun hari ini.

Selepas dikecewakan Korea Selatan 1-3 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A semalam, skuad kendalian Lailin Abu Hassan bangkit menewaskan Hong Kong untuk memburu penamat lebih baik dalam aksi klasifikasi kelima dan keenam, Ahad ini.

Tempoh rehat sehari dimiliki skuad remaja wanita sebelum bertemu Kazakhstan akan digunakan sebaiknya oleh pasukan untuk meneliti kelemahan yang ada seperti di bahagian tengah dan taktikal permainan.

"Perlawanan hari ini, pemain mengikut perancangan dan mereka tunjukkan mereka inginkan kemenangan untuk ke klasifikasi tempat kelima dan keenam. Saya berpuashati dengan bahagian atas (kerana) dapat menjaringkan gol dan mencari ruang kosong di bahagian pertahanan Hong Kong dan mereka tak tunggu lama untuk mendahului Hong Kong.

"Daripada perlawanan tadi, kita dapat lihat ada beberapa kelemahan yang perlu ditangani terutama di bahagian tengah yang mana kita hilang bola dan pemain harus fokus untuk memberi bola dengan cepat dan esok, kita akan mengadakan sesi perbincangan untuk kenalpasti kelemahan dilakukan dan cuba terbaik tuk perlawanan klasifikasi nanti.

"Bagi aksi penentuan tempat kelima dan keenam, kita harap pemain memberikan fokus dan komitmen sepenuhnya supaya dapat tempat (penamat) yang baik dan harap mereka dapat menerapkan strategi yang akan dilakukan pada perlawanan itu.

"Saya yakin dengan persembahan ditunjukkan hari ini, mereka akan memberikan keputusan yang baik nanti," kata Lailin.
 
 
 
 
Sumber : bharian

Tarikh Input: 10/06/2023 | Kemaskini: 10/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCTAg~