Mana Galah Baharu Nor Sarah? | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Mana Galah Baharu Nor Sarah?

Mana Galah Baharu Nor Sarah?

Nor Sarah masih berharap dapat galah baharu yang dipohonnya sejak tahun lalu.

 

KUALA LUMPUR: Ketika hanya berbaki kira-kira dua bulan saja lagi sebelum Sukan Asia Hangzhou, atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi harus tidak mampu tidur lena.

Ini kerana permohonannya untuk mendapatkan galah baharu sejak tahun lalu masih belum diperolehnya dan pendedahannya itu jelas mengejutkan.

Ini kerana tanpa galah baharu persiapan atlet berusia 23 tahun itu pasti terjejas terutama dia perlu dalam mencari keserasian yang secukupnya dan lagipun galah yang digunakannya ketika ini sudah tidak dapat menampung keperluan dirinya.

"Memang sangat-sangat diperlukan. Ia satu keperluan sebab galah sekarang sudah tak sesuai lagi kerana saya tinggi dan dengan kelajuan larian saya, galah sedia ada tak mampu menampung kapasiti yang saya berikan.

 

"Saya rasa seperti tak dapat kepuasan dalam lompatan dan galah itu tak mempunyai daya untuk membantu di atas," kata Nor Sarah yang bakal menyertai kontinjen negara di Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) di Chengdu, China bermula Jumaat ini.

"Tak dapat digunakan di Sukan SEA (Kemboja) tak mengapa. Saya juga berharap ia dapat digunakan di (UNIVERSIADE) Chengdu untuk saya serasikan diri dengan penggunaan galah baharu sebelum Sukan Asia.

"Tapi, ia sampai sekarang masih belum diperoleh lagi. Saya bertanyakan perkembangan terkini tetapi dikatakan masih dalam proses," katanya yang meraih emas di Sukan SEA Hanoi 2021 dengan lompatan 4 meter (m).

Ditanya mengenai tempoh ideal untuknya menyesuaikan diri dengan galah baharu, Nor Sarah yang pada ketika ini mempunyai rekod catatan rekod peribadi terbaik 4.05m berkata, dia memerlukan masa kira-kira sebulan.

"Sebenarnya, saya berharap dapat menggunakan galah itu di UNIVERSIADE, supaya ada masa untuk menyesuaikan diri dengan pertandingan. Tapi sampai sekarang masih tak sampai juga, jadi tak mengapalah," katanya.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/07/1131614/mana-galah-baharu-nor-sarah

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCSA4~