MESYUARAT JEMAAH PENGARAH INSTITUT KALI KE-100 | AKADEMI SUKAN
» BERITA » MESYUARAT JEMAAH PENGARAH INSTITUT KALI KE-100

MESYUARAT JEMAAH PENGARAH INSTITUT KALI KE-100

SERDANG, 13 Jun 2025 – Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jemaah Pengarah Institut Kali Ke-100, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha berterusan memperkukuh tadbir urus dan halatuju institut-institut penyelidikan di UPM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohammad Hamiruce bin Marhaban, Pengarah Akademi Sukan, dan dihadiri oleh Pengarah dari 11 buah institut di bawah naungan UPM. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah aspek pengurusan sumber manusia, penyelidikan, pengajian siswazah, jaringan industri dan masyarakat, serta hal ehwal kewangan.

Selain itu, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada isu-isu strategik yang melibatkan kepentingan institusi dan penetapan halatuju masa hadapan sejajar dengan visi UPM sebagai universiti penyelidikan terkemuka.

Penganjuran mesyuarat ke-100 ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara institut bagi mencapai kecemerlangan yang mampan.

 

Disediakan oleh,

Hjh. Rosiha Abdul Razak

 

Tarikh Input: 23/06/2025 | Kemaskini: 23/06/2025 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
W, (01:48:06pm-01:53:06pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]