Nurul Ashikin Raih Emas Berganda | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Nurul Ashikin Raih Emas Berganda

Nurul Ashikin Raih Emas Berganda

 

Sumber : Berita Harian

 

Nurul Ashikin (dua dari kanan) menjuarai acara 100 meter Kejohanan Olahraga IPT 2022.

KOTA SAMARAHAN: Nurul Ashikin Abas, cemerlang pada hari pertama Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 apabila mengungguli dua acara yang dipertandingkan, hari ini.

Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) itu muncul juara acara 100 meter wanita dengan catatan 13.15 saat (s) menewaskan rakan sepasukan, Teoh Kim Ling yang mencatat 13.25s, manakala ketiga milik Haffira William Johnson dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mencatat 13.70s.

Nurul Asyikin sekali lagi menjuarai acara lompat jauh wanita dengan lompatan 5.39 meter (m), tempat kedua dimenangi Ng Yu Jie juga dari UPM (5.17m) manakala ketiga Tuan Juliana Tuan Hassan (4.73m). 

Ketua Penyelaras Teknikal Kejohanan Olahraga IPT 2022, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, Kejohanan Olahraga IPT 2022 diadakan dalam lima sirkit dengan pertama diadakan di Johor bagi zon selatan, di Perlis untuk zon utara dan kejohanan di UNIMAS semalam dan hari ini untuk zon Borneo.

Menurutnya, sirkit keempat iaitu untuk zon Pantai Timur dan kemuncaknya sirkit grand final di Stadium Bukit Jalil.

 Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2022/10/1012721/nurul-ashikin-raih-emas-berganda

 

Tarikh Input: 18/10/2022 | Kemaskini: 21/12/2023 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCRAa~