SERDANG, 26 April 2025 - Akademi Sukan telah menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Pusat Sukan (SUPSAT) 2025 yang berlangsung pada 25-26 April 2025 di Universiti Teknologi Malaysia.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Golf, Kayak, Woodball, Bola Sepak Penalti, Bola Jaring Penalti, dan Sukan Rakyat. Akademi Sukan UPM telah menghantar kontigen seramai 30 orang bagi menyertai semua acara yang ditandingkan kecuali acara kayak. Berikut merupakan keputusan pertandingan yang diperoleh.
Kejohanan ini antara yang dinantikan kerana melibatkan staf pusat sukan universiti awam dalam mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim. Sebanyak 21 kontigen (20 universiti awam & 1 kontigen MASUM) telah menyertai acara ini yang menjadi medan ukhwah antara semua staf Pusat Sukan. Terima kasih tuan rumah UTM kerana telah berjaya menganjurkan acara pada tahun ini.
Disediakan oleh,
Hjh. Rosiha Abdul Razak



Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | zawinnadjah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan