Oleh: Nurul Hasya Mohamed Suhadli
Foto: Yusri Aiman Abdul Rahman
Serdang, 5 September 2022 – Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan dari YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
Program lawatan ini bermula jam 9.00 pagi dan ketibaan YH. Dato’ Naib Canselor disambut oleh Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat persiapan pasukan UPM bagi menyertai Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam (SUKUM) Kali Ke-44, 2022. Kejohanan SUKUM adalah penganjuran sukan dwitahunan peringkat kakitangan Universiti Awam (UA) dan sebagai platform untuk meraikan penglibatan warga kakitangan Universiti Awam dalam aktiviti sukan. Penganjuran kejohanan ini telah dipertandingkan sejak tahun 1974 dan bagi edisi ke-44, tahun 2022 UPM telah diberi mandat menjadi tuan rumah.
Pengarah Akademi Sukan telah memberi sedikit taklimat berkaitan perkembangan semasa sesi latihan oleh pasukan UPM. Program lawatan ini diteruskan dengan memperkenalkan YH. Dato’ Naib Canselor kepada barisan pengurus pasukan Futsal L&W, Ping pong, Badminton, Olahraga, Bola sepak dan Takraw.
Perjalanan lawatan seterusnya adalah ke venue acara basikal untuk melihat trek laluan yang akan digunakan sepanjang kejohanan SUKUM nanti. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12.00 tengah hari diakhiri dengan sesi bergambar.
Tarikh Input: 05/09/2022 | Kemaskini: 06/09/2022 | rohaida_h
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan