Program Agihan Bubur Lambuk Oleh Akademi Sukan UPM & Maxis Hotlink | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Program Agihan Bubur Lambuk oleh Akademi Sukan UPM & Maxis Hotlink

Program Agihan Bubur Lambuk oleh Akademi Sukan UPM & Maxis Hotlink

SERDANG, 6 Mac 2026 – Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Maxis Hotlink telah menganjurkan program khas agihan bubur lambuk kepada warga UPM serta jemaah solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia.

Pengagihan tersebut berlangsung sejurus selepas solat Jumaat, di mana bubur lambuk diedarkan kepada para jemaah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap komuniti. Dalam masa yang sama, pihak Maxis Hotlink turut mengambil peluang untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk terkini mereka kepada para hadirin.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam komuniti, berkongsi rezeki, serta memupuk rasa kesyukuran dalam kalangan warga UPM dan masyarakat sekitar Serdang, selaras dengan semangat bulan Ramadan yang mulia.

 

Disediakan oleh,

Hjh. Rosiha Abdul Razak

 

Tarikh Input: 09/04/2026 | Kemaskini: 09/04/2026 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
F, (02:56:57am-03:01:57am, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]