Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Maxis Hotlink telah menganjurkan program edaran bubur lambuk khas untuk seluruh warga UPM serta jemaah Solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia.
Program ini telah dilaksanakan secara edaran sejurus selesai Solat Jumaat, di mana bubur lambuk diagihkan kepada para jemaah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan. Dalam kesempatan yang sama, Maxis Hotlink turut mengambil peluang untuk mempromosikan produk terkini mereka kepada para pengunjung.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi rezeki serta menyemai rasa syukur dalam kalangan komuniti UPM dan jemaah sekitar Serdang, selaras dengan semangat bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Disediakan oleh,
Hjh. Rosiha Abdul Razak


Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | zawinnadjah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan