Roslinda Yakin Nor Sarah Boleh! | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Roslinda Yakin Nor Sarah Boleh!

Roslinda Yakin Nor Sarah Boleh!

Atlet lompat bergalah wanita negara Nor Sarah Adi meraih pingat perak pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bulan lalu. – Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Jurulatih lompat bergalah negara, Roslinda Samsu percaya anak didiknya, Nor Sarah Adi mampu memecahkan rekod kebangsaan bagi acara itu dalam tempoh dua tahun lagi.

Rekod kebangsaan masih dipegang Roslinda dengan catatan 4.40 meter yang dilakar di Sepanyol pada 2007.

Catatan peribadi terbaik Nor Sarah pula 4.05m yang dilakukannya ketika memenangi pingat perak pada Sukan SEA Kemboja, bulan lalu.

Roslinda berkata berdasarkan catatan masa 11.9 saat dimiliki Nor Sarah dalam acara 100m, dia berpotensi untuk melakukan lompatan melebihi 4.40m.

"Kalau ikut statistik dan pengiraan yang kami lakukan, kelajuan dia 11.9s itu memang boleh lompat 4.40m namun ia perlulah dilakukan dengan teknik yang betul dan peringkat demi peringkat.

"Jika dia terus bekerja keras, tidak mustahil dia akan memecahkan rekod kebangsaan, mungkin dalam tempoh dua tahun lagi," kata Roslinda yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA empat kali dari 2005 hingga 2011.

Roslinda berkata Nor Sarah ketika ini sedang dalam persiapan bagi menghadapi Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China bulan depan.

Katanya, temasya itu dianggap medan pemanas badan sebelum Nor Sarah beraksi pada Sukan Asia Hangzhou September depan.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/06/1118505/roslinda-yakin-nor-sarah-boleh

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 26/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCJAQ~