Siti Nur Azwani Makin Yakin Kemampuan Tamer Abdelraouf | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Siti Nur Azwani Makin Yakin Kemampuan Tamer Abdelraouf

Siti Nur Azwani Makin Yakin Kemampuan Tamer Abdelraouf

 

KUALA LUMPUR: Atlet karate negara, Siti Nur Azwani Nor Azli semakin serasi dengan corak latihan jurulatih baharu skuad kebangsaan, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy yang mula mengambilalih tugas berkenaan bulan lalu.

Pada awalnya, Olahragawati Terengganu 2021/22 itu tidak dapat mengadaptasi gaya latihan ditonjolkan jurulatih dari Mesir itu namun selepas kejayaan di Kejohanan SEAKF di Filipina baru-baru ini, rasa keyakinan itu mula bertambah buat dirinya memburu kilauan emas di Sukan SEA Kemboja, Mei ini.

Di SEAKF, Siti Nur Azwani meraih emas dalam acara kumite 61 kilogram (kg) dan lebih manis, pelajar jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menewaskan pemenang emas Sukan SEA Hanoi tahun lalu, Nguyen Thi Ngoan di pentas final.

"Nak serasikan pada awalnya, agak susah sikit kerana cara yang berlainan. Namun selepas SEAKF di Filipina, saya percaya pada kemampuan dia dan mampu mendatangkan hasil diinginkan.

"Sasaran peribadi saya semestinya nak membawa pulang emas tetapi dalam masa sama, saya nak persembahkan persembahan terbaik di Kemboja kerana saya tak mahu kecewakan jurulatih dan diri saya selepas apa yang diusahakan sewaktu latihan dan pengorbanan dicurahkan.

"Nak cakap yakin (emas), tidaklah sangat tetapi selepas SEAKF baru-baru ini, keyakinan saya bertambah kerana menewaskan pemenang emas Sukan SEA (Vietnam), jadi ia membuatkan saya lebih yakin untuk buru emas saya," katanya.

Pada edisi di Hanoi, Siti Nur Azwani membantu pasukan meraih gangsa dalam acara berpasukan wanita bersama Madhuri Poovanesan, Mathivani Murugeesan dan Preyanchli Santhiran.

Secara keseluruhan, pasukan karate negara menyumbang empat emas dan enam gangsa manakala Vietnam muncul juara keseluruhan, tujuh emas, dua perak dan enam gangsa.

Indonesia melengkapkan saingan dengan berada di tangga kedua, empat emas, lapan perak dan dua gangsa.

 

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/03/1083130/siti-nur-azwani-makin-yakin-kemampuan-tamer-abdelraouf

 

Sumber : bharian

Tarikh Input: 29/03/2023 | Kemaskini: 29/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCRAt~