Skuad Hoki Remaja Tamat Saingan Di Tempat Keempat | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Skuad Hoki Remaja Tamat Saingan Di Tempat Keempat

Skuad Hoki Remaja Tamat Saingan Di Tempat Keempat

SKUAD hoki remaja menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan. FOTO Ihsan Persekutuan Hoki Asia

 

Kuala Lumpur: Hasrat pasukan hoki remaja lelaki negara untuk meraih tempat ketiga di kejohanan Piala Remaja Asia tidak kesampaian selepas tunduk kepada Korea Selatan 1-2 dalam akasi penentuan tempat ketiga keempat sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Salalah, Korea bermula garang apabila membolosi gawang pasukan negara pada minit ke-23 menerusi Lim Do Hyun yang berpunca dari pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan gol itu Malaysia bangkit memperkemaskan corak permainan bagi mencari gol pertama perlawanan untuk menyamakan kedudukan.

Gol yang ditunggu-tunggu Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-26 menerusi gol padang yang dijaringkan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.

 

Memasuki separuh masa kedua, Korea Selatan sekali membolosi gawang Malaysia kali ini menerusi Yoo Seungho pada minit ke-37.

Meskipun pasukan negara cuba bangkit dengan mencipta beberapa peluang namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan sekali gus terpaksa akur tumpas 1-2.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan sekali gus berjaya memperbaiki kedudukan pada edisi 2015 yang berlangsung di Kuantan, Pahang apabila berada di tempat kelima.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/06/973291/skuad-hoki-remaja-tamat-saingan-di-tempat-keempat

 

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 02/06/2023 | Kemaskini: 02/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCVAf~