Skuad Hoki Wanita Hadiah Emas Terakhir Malaysia | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Skuad Hoki Wanita Hadiah Emas Terakhir Malaysia

Skuad Hoki Wanita Hadiah Emas Terakhir Malaysia

Phnom Penh: Ketua pasukan hoki wanita Juliani Mohd Din bangga dapat menghadiahkan pingat emas terakhir kontinjen Malaysia di Sukan Sea Kemboja apabila membelasah Thailand 4-1 pada aksi final di Kompleks Sukan Morodok Techo, hari ini.

Kontinjen negara menamatkan kempen Sukan Sea dengan 34 emas sekali gus gagal mencapai sasaran 40 emas yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Skuad hoki dalam dewan antara sukan yang gagal menepati sasaran dan bekas pemainnya Juliani berkata, setiap atlet perlu memandang ke hadapan.

"Ini emas terakhir Malaysia. Kami harap pingat emas ini dapat menyemarakkan semangat rakyat dan atlet negara supaya tidak berputus asa. Banyak lagi Sukan Sea yang akan datang.

 

"Lakukanlah latihan dan jangan bersedih serta patah semangat dengan sasaran yang tersasar ini," kata Juliani.

Dalam perlawanan petang tadi, Thailand terlebih dahulu di depan hasil jaringan padang Natthakarn Aunjai sebelum Malaysia kembali bangkit dengan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti Siti Nur Arfah Mohd Nor tidak lama selepas itu.

Jaringan Nuraini Abdul Rashid membolehkan Malaysia mendahului Thailand sebelum dua lagi pukulan sudut penalti disempurnakan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad minit ke-29 dan  Nur Afiqah Syahzani Azhar minit ke-41.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/05/967610/skuad-hoki-wanita-hadiah-emas-terakhir-malaysia

 

Sumber : hmetro

Tarikh Input: 17/05/2023 | Kemaskini: 17/05/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCQAk~