Skuad Ragbi UPM Tiada Tandingan | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Skuad Ragbi UPM Tiada Tandingan

Skuad Ragbi UPM Tiada Tandingan

SINTOK: Skuad ragbi 7 sebelah (7s) Universiti Putra Malaysia (UPM) menepati ramalan apabila membawa pulang pingat emas Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT 2024) yang berlangsung di padang ragbi Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

UPM yang tampil selaku juara bertahan mudah membenam Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan 21-0 sekali gus mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

Lebih manis kejayaan merangkul emas ini dicapai tanpa bolos sejak acara itu berlangsung Jumaat lalu dengan menewaskan UniKL (32-0), IPG KL (29-0), UTEM (34-0) dan Politeknik (24-0) dalam saingan Kumpulan F.

Aksi di separuh akhir pula menyaksikan UPM menewaskan Universiti Teknologi Petronas (UTP) 34-0, sebelum memuktamadkan kejuaraan 21-0 dengan menewaskan UiTM.

Sumber: Berita Harian Online

https://is.gd/5nuJiN

 

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
W, (08:28:01am-08:33:01am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]