Skuad Remaja Bedal Hong Kong | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Skuad Remaja Bedal Hong Kong

Skuad Remaja Bedal Hong Kong

PEMAIN negara melepasi kawalan dua pemain Hong Kong. FOTO AFH

 

Kuala Lumpur: Hong Kong menjadi mangsa lepas geram skuad hoki remaja wanita negara apabila membelasah lawan mereka 10-1 pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Piala Remaja Asia hari ini.

Pesta gol skuad negara bermula seawal minit ke-2 menerusi Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha yang turut meledak hatrik pada perlawanan itu selepas menjaringkan dua lagi gol minit ke-14 dan 39 menerusi gol padang.

Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri, Siti Nur Atika Shaikh Maznan, Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha, Norshafiqha Ishak, Siti Nur Irdina Mohd Nor, Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin, Azmyra Mia Sofea Azhairy dan Nur Nabila Alia Yussaini masing-masing meledak satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya Young Tigress.

Hong Kong meraih gol saguhati menerusi Anna Aiello hasil jaringan padang pada minit ke-18.

Ketua jurulatih skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan nyata berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya yang menunjukkan semangat mahu menamatkan saingan itu di kedudukan paling baik.

"Pemain mempamerkan corak permainan yang dirancangkan. Mereka menunjukan kemahuan untuk menang bagi membolehkan kami beraksi pada perlawanan penentuan tempat ke-5/6.

"Saya berpuas hati dengan keseluruhan prestasi mereka terutamanya di bahagian serangan yang rajin mencari ruang kosong dan tidak menunggu lama untuk mendahului Hong Kong," katanya.

Skuad negara terpaksa melupakan slot untuk beraksi di pentas Piala Dunia Remaja di Chile selepas gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan semalam sekali gus menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga, di belakang India dan Korea Selatan.

Malaysia akan bertemu Kazakhstan pada perlawan penentuan tempat ke-5/6 Ahad ini selepas lawan mereka itu menewaskan Taiwan 4-3 pada satu lagi aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.

 

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/06/975914/skuad-remaja-bedal-hong-kong

 

Sumber :hmetro

Tarikh Input: 10/06/2023 | Kemaskini: 10/06/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCKAc~