Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2023 | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2023

Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2023

PERLIS, 12 FEBRUARI 2023: Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2023 telah dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertempat di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP dan telah berlangsung pada 9-12 Februari 2023. Hari pertama kejohanan telah dimulakan dengan senamrobik kemudian diikuti dengan ucapan aluan daripada tuan rumah, YBhg. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UniMAP. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara staf Pusat Sukan Universiti Awam.

Untuk makluman, sebanyak 20 universiti telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah satu universiti yang mengambil bahagian. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Woodball, Bola Tampar Campuran, Memancing, Bola Sepak (Penalti), Dart & Larian 8x50m.

 

Hari pertama kejohanan dimulakan dengan sukan Woodball dan Bola Tampar Campuran pada sesi pagi dan diteruskan dengan acara Sepak Penalti dan Dart pada sesi petang. Hari kedua pula acara Memancing dan Larian 8x50m.

Kontinjen Universiti Putra Malaysia telah berjaya memungut 1 emas daripada acara Dart (L) serta 2 Perak daripada acara Dart (W) dan Bola Tampar Campuran. Akhir sekali 1 Gangsa telah dirangkul melalui acara Larian 8x50m.

SUPSAT merupakan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan Kerjasama UniMAP selaku tuan rumah bagi edisi kali ini. Tahniah kepada kontinjen UPM yang telah bekerja keras serta berusaha untuk memberi saingan kepada universiti-universiti lain dalam setiap acara yang telah dipertandingkan.

 

Tarikh Input: 13/02/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | m_rizal

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
SXFCQA2~