SUKIPT 2024: UPM Rangkul Gelaran Lima Kali Berturut-turut | AKADEMI SUKAN
» BERITA » SUKIPT 2024: UPM Rangkul Gelaran Lima Kali Berturut-turut

SUKIPT 2024: UPM Rangkul Gelaran Lima Kali Berturut-turut

 

SKUAD ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan dominasi mereka dalam sukan tersebut selepas mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) tersebut, skuad ragbi 7 sebelah (7’s) UPM turun dengan status juara bertahan memperagakan permainan cukup solid untuk menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan 21-0 sekali gus mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut.

Lebih membanggakan skuad UPM kendalian, Khairizal Ali menampilkan aksi cukup dominan apabila mencatat kemenangan di SUKIPT 2024 tanpa bolos sejurus menewaskan UniKL (32-0), IPG KL (29-0), UTEM (34-0) dan Politeknik (24-0) dalam saingan Kumpulan F.

“Sememangnya misi pasukan UPM adalah mengekalkan kemenangan dan pasukan ini telah melakukan persiapan cukup baik sebelum berangkat ke Sintok, Kedah.

Untuk mendapatkan berita yang lebih lengkap, sila tekan link di bawah.

Sumber: Kosmo

https://is.gd/9pPNX6

 

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
W, (02:32:15pm-02:37:15pm, 25 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]