Summer Sport Camp 2025 | AKADEMI SUKAN
» BERITA » Summer Sport Camp 2025

Summer Sport Camp 2025

SUMMER SPORTS PROGRAM 2025 PERKENAL BUDAYA SUKAN MALAYSIA KEPADA PELAJAR ZHEJIANG CHINESE MEDICAL UNIVERSITY

SERDANG, 24 Ogos 2025Summer Sports Program 2025 anjuran Akademi Sukan UPM dengan kerjasama Eddy Education Online Global Service Center Sdn. Bhd. berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan sukan dan budaya Malaysia kepada tujuh pelajar dari Zhejiang Chinese Medical University yang mengikuti program mobiliti di UPM.

Program yang berlangsung dari 26 Julai hingga 24 Ogos itu memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta tentang pelbagai aspek budaya tempatan, termasuk bahasa, sukan tradisional dan sukan moden. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Silat, Sepak Takraw, Pickleball, Scuba Diving, Golf, Wall Climbing dan Kayak.

Menurut laporan program, peserta menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti sukan tradisional seperti Silat dan Sepak Takraw, selain teruja untuk mencuba sukan moden yang memberi pengalaman baharu. Penyertaan ini turut menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Program ini juga berjaya mewujudkan interaksi positif antara pelajar antarabangsa dan komuniti kampus UPM, seterusnya memupuk hubungan baik sepanjang tempoh program. Melalui sesi pembelajaran bahasa, peserta turut meningkatkan kemahiran komunikasi asas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Secara keseluruhan, Summer Sports Program 2025 memberikan impak besar kepada peserta yang bukan sahaja mendapat pengalaman sukan baharu, tetapi turut membawa pulang kenangan berharga hasil interaksi bersama pelajar dan staf UPM.

Disediakan oleh,

Nurul Wahida binti Latif

Unit Perundingan, Jaringan Industri dan Komuniti

Tarikh Input: 26/11/2025 | Kemaskini: 26/11/2025 | zawinnadjah

PERKONGSIAN MEDIA

AKADEMI SUKAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603 9769 1134
603 9769 1126
S, (10:21:34pm-10:26:34pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]